Tuesday, April 27, 2010

amsyar n tonsil

amsyar has fever for 5 days...n 4 continuous weeks of flu....n again, its deteriorate due to its tonsil.kesian tgk amsyar bila dia tido...badan dia dah kurus kering sampai nampak tulang. bila tido, namapak sgt dia susah nak tarik nafas...mgu first selsema abg bawa pegi jumpa doktor biasa, dpt ubat selsema...tp x jalan. 2nd week bw amsyar jumpa dr nazim..dpt ubat selsema lg...tp still x baik..so 25.4 pegi jumpa Dr. nik pulak...doc ckp memang dah teruk...tonsil dah 'kissing', dah hmpr bercantum...so decide nk jumpa abg mie, sepupu abg pakar ENT kat hospital selayang...dia buat part time kat az-ahrah...so harap sepupu abg akan bg good advice...
doc nik bg antibiotik augmentin, nmpk la kurangnya...dh x demam tp still ada selsema..susah hati bila pk pasal amsyar ni..

Thursday, April 22, 2010

my 29th birthday..

it's my 29th birthday....here i am..a middle age woman with a title of a wife n a mother to 2 kids...i took a leave yesterday, just to stay at home n relax...but after received a call from sarah, i went to the office..n then to SOGO...finally after a year...just pusing2, cam zaman2 muda dulu...berpegangan tangan dgn hubby.that's the place masa kita dating dulu. beli baju anak n two pairs of sandals...habiskan duit b4 masuk gaji hr ni...tq hubby sebab temankan umi on my birthday...emm lupa nak cakap i dpt a birthday card n a gift fr him...i should buy him a gift too for his birthday in nov..

where i'll be celebrating my 30th birtday????

Tuesday, April 13, 2010

today is amni's checkup...she's already 6.9kg....kena inject kat thigh td...baid anak umi ni, nangis skit je....

rasa nak luahkan sesuatu yg terbuku di hati...sejak sebulan ni, aku sering menitiskan air mata...sedih sgt2...entahla....begitu banyak dugaan yang Allah berikan pada hambaNya yang lemah lg hina ni.semua dugaan ini semakin melemahkan aku utk terus keja kat sini...mungkin kena berubah angin kot...bukan apa, aku takut nanti meletup bom jangka ni...aku pulak yang kena buang keja nnt....
Ya Allah..kuatkanla semangatku ini.....

Monday, April 12, 2010

11 april 2010

Yesterday we went to JJ Cheras Selatan with my two sisters..my intention is to buy a new pair of sandals as the old one is torn...carrying amni in a sling, i tried to find a suitable and lovely sandal with affordable price...looking from a pair to another and i end up buying nothing....

amni could't sleep last night..she cried all the time..i put some oil on her tummy n did a massage, but she didn't stop crying....she sucked her thumb and finally fall asleep at 11.30pm...what a great nite!!....

Saturday, April 10, 2010

Tazkirah Jumaat

Sebagai peringatan dan renungan bersama, petikan dari Majalah Solusi Isu. No. 17

Keyakinan Diri Untuk Mengubah Dunia – siri 1

Dinukilkan daripada kitab Ihya’ Ulumuddin, seorang ahli sufi telah berkata: “Biarlah aku sederhana pada pandangan orang lain, rendah pada pandangan diri sendiri dan tinggi pada pandangan Allah.” Rendah pada pandangan diri sendiri bukan bermaksud menghina diri atau “self sabotaging” tetapi bermaksud tidak memiliki sifat sum’ah dan ujub. Sum’ah itu kita suka jika mendengar pujian orang lain terhadap kita. Manakala ujub itu rasa takjub akan kelebihan dirinya.
Rendah diri itu ialah tawaduk. Yakni merasa diri belum baik, lalu berusaha terus-terusan memperbaiki diri dengan melakukan banyak kebaikan. Rendah diri itu juga bererti rasa tidak puas dengan amal yang sedikit lalu berusaha menambah amal sendiri. Rendah diri itu juga mendorong rasa sentiasa berdoa, lalu hati sentiasa merintih dan bertaubat kerananya.
Jangan silap memahami bahawa rasa rendah diri itu sebagai penyakit “inferiority complex” yang rasa terancam, bimbang dan rasa hina atas kemampuan dan kebolehan diri. Demikian itu bukan sifat orang beriman bahkan Islam melarang umatnya bersifat demikian. Firman Allah yang bermaksud: “Jangan kamu merasa lemah dan berdukacita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman” (Surah Ali ’Imran 3:139). Umat Islam ialah umat yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri ialah pandangan diri terhadap diri sendiri tentang kemampuannya untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya pandangan diri anda terhadap diri sendiri adalah lebih penting berbanding pandangan orang lain terhadap kita.
Keyakinan diri sangat sinonim dengan harga diri. Keyakinan adalah perasaan stabil dan serasi dengan diri sendiri yang menyebabkan kita rasa layak, mampu dan yakin untuk mencapai kejayaan. Tanpa keyakinan diri, ilmu yang tinggi, harta yang banyak, rupa yang cantik dan apa jua kelebihan pun tidak akan menyumbang kepada kejayaan.
Untuk membangunkan semangat juang mesti bermula dengan membangunkan sikap yakin diri. Mustahil Allah mencipta kita untuk gagal – sebab Dia Maha Pemurah dan penyayang. Tuhan mahu hamba-Nya berjaya dan untuk itu kita telah diberikan-Nya segala kekuatan dan kelengkapan untuk berjaya. Tugas kita hanya untuk mengenali dan meneroka kekuatan dan kelengkapan itu. Setiap manusia tidak dibiarkan oleh Allah s.w.t. begitu sahaja tanpa kelebihan masing-masng. Kata bijak pandai, “Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza.” Malah ada yang menegaskan bahawa seiap manusia mestilah berkeyakinan bahawa dunia tidak akan lengkap tanpa kehadirannya!
Kita perlu menggunakan seluruh kelengkapan – nikmat, bakat, ilmu dan kebijaksanaan – yang diberikan Allah kepada kita secara optimum dan ke arah kebaikan. Inilah makna di sebalik tempelakan Allah yang dibuat sebanyak 31 kali dalam surah Al-Rahman mafhum firman-Nya: “Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak nafikan?”. Atas kekuatan inilah kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah, Kadi Rabb al-Jalil di padang mahsyar nanti. Ketika itu kita tidak boleh meletakkan beban dosa di pundak orang lain. Setiap diri bertanggungjawab terhadap segala kelengkapan yang telah diberikan kepadanya semasa hidup di dunia.

Friday, April 9, 2010

A new day...

after reading other's blogs, i decided to have one..nothing to write down, but only little things bout my life n fam...esp on my children...they're my beautiful world...